Selasa, 26 Oktober 2010

INTERAKSI 15 : ISL MINGGU 15

PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi penilaian pengalaman pembelajaran

Penilaian merupakan kegiatan untuk memperoleh informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Jadi dalam penilaian (evaluation) ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya adalah bahawa penilaian dalam hal ini merupakan kegiatan yang dirancang untuk mengukur keefektifan suatu sistem pendidikan secara keseluruhan.§
Penilaian dalam pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapatkan berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan, dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
§
adalah kegiatan untuk mengetahui apakah sesuatu yang telah dikerjakan telah berhasil/belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
§Penilaian pembelajaran
perkembangan hasil belajar, intelegensi, bakat khusus, minat, hubungan sosial, sikap dan kepribadian siswa atau peserta didik.
§Penilaian Pembelajaran merupakan salah atu cara guru mengetahui

PELAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN

TEMA : PENGALAMAN

i. KOMPETENSI DASAR

1. PKN

1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah dan di sekolah

ii. INDIKATOR

1. PKN

• Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
• Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain- lain)
• Memberi contoh hidup rukun di rumah
• Membeni contoh hidup rukun di sekolah
• Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
• Menyebutkan manfaat hidup

iii. LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN
A. KEGIATAN AWAL
1. Doa bersama
2. Absensi siswa
3. Apresiasi: Menyanyikan lagu “Nama-Nama Hari”
B. KEGIATAN Inti
1. Menceritakan hidup rukun di rumah
2. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
4. Memberi contoh hidup rukun di rumab
5. Memberi contoh hidup rukun di sekolah
6. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun
7. Menyebutkan manfaat hidup rukun
8. Menyapa teman sebaya dengan benar
9. Menggunakan kata tanya untuk menyapa orang lain
10. Membuat kalimat sapaan secara lisan
11. Menulis kata tanya (apa, siapa, di mana)
12. Membuat kalimat Tanya dengan benar
13. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan penjurniahari bilangan 2 1-50
14. Menye!esaikan masalah yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 21-50
15. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan penjumlahan bilangan 21-50
16. Menyelesaikan masalah dalam bentuk soal cerita yang berkaitan dengan pengurangan bilangan 2 1-50
17. Bersama-sama menyanyikan lagu “Nama-nama Hari”
18. Membeni contoh kegiatan yang lama atau sebentar
19. Membedakan, waktu lama atau sebentar
~20. Melakukan kegiatan sehari-hari yang sebentar atau larna
21. Menyebutkan urutan nama-nama hari dalam satu minggu
22. Menyebutkan urutan nama-nama bulan dalam setahun
23. Membedakan bentuk suatu benda
24. Mengelompokkan benda yang sama bentuknya
25. Menjelaskan perubahari bentuk benda melalui penlakuan yang berbeda
26. Menyebutkan keluarga yang tinggal dalam satu rumah
27. Melakukan sikap hormat pada orang lain (orang tua, saudara, guru, teman, dan lain-lain)
28. Menceritakan dan menulis penistiwa menyenangkan yang pernah dialami
29. Menceritakan dan menulis peristiwa tidak menyenangkan yang pernah dialami
30. Menceritakan kembali hal-hal yang pemah dialami berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
31. Menyebutkan penistiwa yang pernah terjadi di lingkungan keluarga berdasarkan cerita orang tua atau orang lain
(Langkah-Jangkah kegiatan disesuaikan dengan jadwal pelajaran masing¬ masing sekoIah)

C. KEGIATAN AKHIR
1. Siswa melaksanakan tugas portofolio
2. Pelajaran ditutup dengan lagu “Aku Anak Sehat”

iv. METODE, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN

a. METODE
1. Ceramah 4. Tanya Jawab
2. Demonstrasi 5. Tugas
3. Game
b. SUMBER
1. Buku Tematik Kelas I
(Terdiri dari PKN, B. Indonesia, Matematika, IPA, IPS)
2. Pengembangan Guru
c. MEDIA
1. Kartu bilangan 2. Kartu huruf
3. Kantu kata 4. Gambar-gambar yang relevan

v. PENILAIAN
1. Lisan 2. Tertulis
3. Perbuatan 4. Portofolio

CIRI-CIRI PENILAIAN PENGLAMAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN

a. KAEDAH JIGSAW

- Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan telah terbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).
- Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui
perbincangan dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
• Pergantungan secara positif
• Tanggungjawab
• Interaksi secara terus (bertentang mata)
• Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
• Penilaian kendiri secara berterusan

b. KRITIKAN TERBUKA

- Kritikan terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar, dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop). Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama 5 minit kepada rakan-rakan sekelas.
- Pelajar akan diberi topik yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu, atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Semasa ucapan pelajar, seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara: intonasi dan kejelasan suara, keyakinan diri di khalayak ramai, kelancaran bahasa, penampilan, dan maklum balas terhadap soalan yang diterima. Komen dari panel akan disampaikan kepada pelajar untuk membaiki kelemahan yang ada.
- Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan para pelajar.

c. PENILAIAN RAKAN KUMPULAN

- Penilaian rakan kumpulan (PRK) merupakan satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Kaedah PRK dapat digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar (Kaufman et al. 2000).
- Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmen pelajar dalam menyiapkan kerja kursus. Kaedah PRK ini amat berkesan dilakukan untuk menilai kerja kursus secara berkumpulan (Kaufman et al. 2000 dan Buckley). Ini kerana rakan-rakan adalah merupakan individu yang terdekat dan paling banyak meluangkan masa bersama pelajar ketika melakukan kerja kursus tersebut.
- Oleh itu, rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain dan kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

INTERAKSI 13 : ISL MINGGU 13

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Rasional


Rasionalnya Penilaian Berasaskan Sekolah ialah :
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta -
merta.


CIRI – CIRI

Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
• PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
– Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah

1. Kerja kursus / PEKA
Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu P&P
– LPM membekalkan dokumen pentaksiran
– LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
– Penskoran dan pelaporan oleh sekolah
– Markah dihantar kepada LPM
– Sekolah mengeluarkan sijil


2. Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
• Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagi konteks dalam situasi P&P
• LPM membekalkan panduan
• LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras.
• Penskoran dan pelaporan oleh sekolah.
• Sekolah mengeluarkan sijil.


Prinsip Penilaian Berasaskan Sekolah

Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagimatapelajaran berkenaan.

Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.

Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.

Kerangka yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Pelaporan positif.
• Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.


Aspek PenilaianBerasaskan Sekolah

Dalam penilaian berasaskan sekolah, aspek-aspek yang dinilai ialah :
i. Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
ii. Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
iii. Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
iv. Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
v. Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
vi. Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
vii. Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.

INTERAKSI 12 : ISL MINGGU 12

PENILAIAN BAHASA BERASASKAN PROJEK

DEFINISI BROSUR

Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Rubrik Penilaian Brosur


1. Lemah (0-5)


2. Sederhana (6-8)


3. Cemerlang (9-10)



Kreativiti dan keaslian


1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)


2. Mempunyai kekreatifan dan keaslian.


3. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.



Fungsi


1. Reka bentuk dan paparan yang salah


2. Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.


3. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.

Tatabahasa

i. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah

ii. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.

iii. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.

Ilustrasi

i. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

ii. Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.

iii. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai

.

DEFINISI POWER POINT


Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafiks yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara professional. Melalui kursus asas ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti ‘background format’, ‘drawing’, ‘colour’, ‘transitions’ dan ‘animations’, ‘drawing tools’ dan ciri-ciri pengawalan masa, yang mana akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang professional.

MATLAMAT

· Menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan p&p yang bersifat empatan dan membanyakkan bahan p&p berasaskan ict

OBJEKTIF

· Merangsangkan para pelajar dan guru mencipta bahan p&p berasaskan ICT

· Menjalinkan kerjasama antara pelajar dan guru

CIRI-CIRI

· Pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point menstilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa

· Bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria seperti berikut:

- Hasil ciptaan sendiri

- Berkonsepkan Pembelajaran Kendiri

- Berasaskan Windows

- Interaktif

ASPEK PENILAIAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Warna, pengurusan ruang dan kreativiti

2. Keberkesanan kesinambungan persembahan

3. Ketepatan isi kandungan

4. Kelengkapan laporan

5. Cara penyampaian maklumat

6. Keistimewaan persembahan

7. Hasil ciptaa persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd

8. Masa terhad untuk persembahan.

Isnin, 25 Oktober 2010

INTERAKSI 11 : ISL MINGGU 11

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

PENGENALAN

Dalam usaha menggalakkan pembelajaran kendiri, para pelajar juga patut diberi hak untuk menentukan apa yang hendak dipelajari, bagaimana pembelajaran itu akan dilaksanakan dan dihasilkan dalam jangka waktu yang ditetapkannya sendiri, bahkan juga corak penilaian tugasannya itu. Antara kaedah yang paling berkesan untuk tujuan ini ialah penggunaan kontrak pembelajaran.


KONSEP

Kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.

Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-

  • Bentuk akhir tugasan dihasilkan
  • Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
  • Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
  • Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
  • Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak

Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran untuk membolehkan

i. Pelajar mengenal pasti dan merekod

objektif dan matlamat pembelajaran kendiri

kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat

jangka masa pelaksanaan dan penghasilannya

bukti menunjukkan objektif tercapai

bagaimana dan pada tahap mana hasil pembelajaran akan dinilai

ii. Memberi peluang pelajar menentukan matlamat pembelajaran masing-masing mengikut minat dan keupayaan sendiri

iii. Menghasilkan kerja yang terancang

iv. Membantu pelajar membuat refleksi sepanjang proses kerjanya

BAGAIMANA KONTRAK PEMBELAJARAN DIGUNAKAN ?

Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, antaranya:-

1. Penilaian objektif tugasan

Objektif ditentukan oleh guru sementara pelajar menetapkan pelaksanaannya ATAU

Beberapa set objektif disarankan oleh guru, pelajar memilih mana-mana yang difikirkan sesuai ATAU

Pelajar merangka beberapa objektif, dan kemudian pilih mana-mana paling sesuai dengan persetujuan guru

2. Hasil Pembelajaran

Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran, bentuk tugasannya (sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian, rencana dll)

Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru

3. Penilaian

Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

Gurum menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan ATAU

Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan ATAU

Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaanny



FORMAT / BENTUK KONTRAK

Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Kontrak boleh dibuat secara formal, dimana prosedurnya dinyatakan dengan jelas dan rapi. Ia boleh juga dibuat secara tidak formal,tetapi terancang dan jelas.

PERINGATAN:

* Dalam kontrak pembelajaran, penilaian selalunya berpusatkan pelajar, sementara penggredan perlu dikawal oleh guru

* Senarai semak bagi butiran yang hendak dinilai, dan bagaimana penggredan dibuat perlu dilampirkan dan persetujui oleh pihak yang terlibat

PENILAIAN MELALUI SOAL-JAWAB

· Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.

· Guru dapat mengetahui kelemahan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.

· Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami oleh murid.

· Jika ada di antara murid yang tidak memahami tentang topik yang diajar, proses pembelajaran akan diulang semula. Guru akan mengajar murid yang lemah itu dengan menggunakan kaedah yang lebih mudah lagi.

· Tujuannya supaya murid itu memahami serta mengikuti segala topik yang sedang diajar itu.

INTERAKSI 10 : MINGGU 10

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO.

APAKAH PORTFOLIO?

Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

CIRI-CIRI PORTFOLIO.

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.

Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.

Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Penilaian Portfolio

· Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.

· Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.

· Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.


JENIS-JENIS PORTFOLIO

1. Porfolio kerja harian

2. Portfolio hasil terbaik

3. Portfolio dokumen.

Portfolio Kerja Harian

· Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.

· Contohnya;

Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.

Portfolio Hasil Terbaik

· Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.

· Berbentuk sumatif

· Contohnya;

Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.

Portfolio Dokumen

· Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.

· Contohnya;

Hasil lukisan daripada warna tersebut.

KEGUNAAN PORTFOLIO

Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.

Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar

Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.

Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.

Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.

PERANCANGAN PORTFOLIO

Menyenaraikan beberapa perkara penting sebelum membuat portfolio:

1. Tentukan tujuan pembinaan, ciri-ciri portfolio dan jenis portfolio yang dikehendaki.

2. Kenalpasti isi kandungan portfolio.

3. Pemilihan isi kandungan dan bahan isi kandungan portfolio.

4. Penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian samada secara keseluruhan, kumpulan, individu, termasuklah kriteria yang dipakai untuk menilai portfolio.

Bagaimana Portfolio dinilai?

· Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.

· Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.

· Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.

Merekod Penilaian Portfolio

  • Terdapat dua cara merekod penilaian portfolio iaitu menggunakan skala dan menggunakan kaedah senarai semak.
  • Penilaian awal – penilaian merentasi tugasan bertulis mengikut kriteria dengan skala – senarai ciri-ciri paling penting – penetuaan gred.

Kriteria penilaian

I. Struktur dan organisani

II. Strategi pengurusan

III. Variasi isi yang sesuai

IV. Struktur ayat dan gaya bahasa

V. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.

VI. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.

VII. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.


PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.

Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.

Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.

Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.

Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;

1. Kualiti Pemerhatian

2. Bentuk perancangan

3. Merekod penilaian pemerhatian

4. Jenis Pemerhatian

5. Strategi pelaksanaan

6. Fungsi penilaian melalui pemerhatian.

Kualiti Pemerhatian

· Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.

· Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.

· Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.

· Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.

· Tekal dan stabil dalam penilaiannya.

Bentuk Perancangan

· Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.

· Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.

· Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.

Merekod penilaian pemerhatian

· Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:

a) Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan

· Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas

b) Menjalankan Tugasan

· Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .

c) Cara merekodkan dapatan dan rumusan

· Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.

d) Tindakan Susulan

· Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.

Rekod anekdot

· Boleh digunakan untuk menialai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:

1. Kecekapan linguistik (bidang bahasa)

2. Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu

3. Muzik

4. Kecekapan (body khanisthetic)

5. Kecekapan intrapersonal

6. Kecekapan interpersonal

Kecekapan Linguistik

· Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.

Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu.

· Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.

Muzik

· Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.

Kecekapan (body khanisthetic)

· Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.

Kecekapan Intrapersonal

· Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.

Kecekapan interpersonal

· Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.

JENIS PEMERHATIAN

Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:

I. Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.

II. Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.

III. Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.

STRATEGI PELAKSANAAN.

Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.

Menggunakan senarai semak.

Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian

Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan

Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.

Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

FUNGSI PEMERHATIAN

Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.

Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.